KUALA TERENGGANU 18 Jun Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menipu seramai 219 penduduk di daerah Besut berhubung pakej menunaikan umrah yang kesemuanya berjumlah RM534,000.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur, kelmarin, ekoran laporan yang dibuat seorang pesara Jabatan Pelajaran Terengganu berusia 60 tahun mengenai penipuan tersebut di Balai Polis Kampung Raja, Besut, 10 Jun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Supritendan Azmi Adam berkata, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut adalah pemilik sebuah syarikat menunaikan umrah yang berdaftar tetapi kini tidak lagi beroperasi di pejabat asalnya.
Katanya, berdasarkan laporan polis, pesara tersebut telah mengumpulkan seramai 218 orang untuk mengerjakan umrah pada bulan ini dengan harga RM3,500 seorang.
"Kesemua mangsa dimaklumkan baki kos mengerjakan umrah yang sepatutnya berharga sehingga RM5,000 setiap orang, akan ditanggung oleh syarikat tersebut," ujarnya.
Katanya, selepas mengumpul sebanyak RM534,000, pesara itu telah memasukkan wang tersebut ke dalam akaun milik syarikat tersebut.
"Bagaimanapun, syarikat itu tidak menunaikan janjinya sebaliknya memberitahu akan membawa kesemua mangsa mengerjakan umrah pada bulan Ramadan nanti," tambahnya.
Katanya, mangsa yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan janji syarikat tersebut kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja di Besut pada pukul 10.40 pagi, 10 Jun lalu.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Suspek kini ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut," katanya.Utusan
Man nabbed for offering bogus umrah packagesBESUT: Umrah packages for only RM3,500 -- about RM1,500 less than the normal price -- must have seemed like a heavenly offer.
Potential pilgrims were brought back down to earth when the 37-year-old man who offered them the packages told them their trip had been postponed from June to August.
Knowing that August meant that the trip would be during the fasting month, they began to suspect something amiss.
Umrah packages during Ramadan cost even more -- at least RM10,000 and above -- and since the man did not increase the price for their package, one of his victims decided to lodge a report.
The 60-year-old victim, who had also been appointed by the man as his "representative", had earlier given him RM534,000 as part payment for the packages for himself and other victims.
He lodged a report at the Kampung Raja police station on June 10.
State Commercial Crime Investigation Department chief Superintendent Azmi Adam said the man, who owns a travel agency, was detained at his house in Sentul Pasar, Kuala Lumpur, six days later.
He said police also seized several documents from the man, who is under remand at the Kampung Raja police station until Saturday.