Wednesday, June 3, 2009

Tragedi ragut berulang

KUALA TERENGGANU – “Saya tidak menyangka tragedi ragut yang menimpa rakan sekerja, Mazlina Awang, 45, seminggu lalu turut menimpa saya hari ini (semalam), namun saya tetap bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan,” demikian luahan mangsa ragut di Pasar Pekan Batu Enam, Zaiton Ali, 46, di sini, semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Zaiton yang ketika itu berjalan sendirian menuju ke premis pajak gadai berhampiran pada jam 11.30 pagi, tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dinaiki dua pemuda dari arah belakang dan terus merentap dompet dalam pegangannya.

“Ketika dompet direntap pembonceng motosikal itu, saya sama sekali tidak menyedarinya. Saya cuma sedar apabila mendengar je-ritan orang sekeliling hingga selu-ruh anggota badan menjadi lemah.

“Selang beberapa minit, kekuatan saya kembali dan dalam keadaan separa sedar saya mengejar peragut sambil menjerit meminta tolong. Orang ramai turut mengejar kedua pemuda itu,” katanya yang bekerja sebagai tukang dobi di Sekolah Menengah (SM) Teknik Wakaf Tembesu, di sini.

Menurut Zaiton, dalam keadaan kelam-kabut, orang awam yang berada di tempat kejadian yang juga rakan anaknya bertindak pantas membaling topi keledar.

“Balingan itu mengena pembon-ceng motosikal sehingga terjatuh.

“Selepas terjatuh, seorang daripada mereka sempat melarikan diri tetapi akhirnya berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam,” kata ibu kepada empat anak ini.

Menurut Zaiton, kejadian itu mencatat sejarah hitam hidupnya.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila berjalan seorang diri,” katanya.

Sementara itu, suami mangsa, Saidi Mat Ali, 47, ketika ditemui Sinar Harian berkata, selepas mendapat panggilan daripada rakan anaknya yang berjaya menangkap peragut itu, dia dan anak kedua bergegas ke tempat kejadian.

“Apa yang berada dalam fikiran ketika itu hanya keselamatan isteri. Saya bersyukur kerana keadaannya baik dan wang RM750 yang dibawa dikembalikan,” katanya yang bekerja di kedai sejuk beku di Kampung Banggol Air Lilih, Manir.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Superinten-dan Harry Chung Chiu Mok, mengesahkan menerima laporan berhu-bung kejadian.

Menurut Chiu Mok, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kes ragut yang berlaku seminggu lalu. Sinar

No comments:

Post a Comment