KUALA TERENGGANU – Gara-gara bermasalah dengan teman wanita, seorang pelajar lelaki cuba membunuh diri dengan mencederakan leher menggunakan pisau dalam kejadian di Surau Lorong Haji Da, Jalan Sultan Mahmud, awal pagi semalam.
Sinar Harian difahamkan, kejadian itu berlaku apabila pelajar berumur 15 tahun itu tidak sanggup menerima permintaan teman wanitanya memutuskan hubungan cinta mereka berdua.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, pihaknya berkejar ke tempat kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam melalui maklumat orang ramai.
“Seramai 10 anggota ke tempat kejadian dan mendapati mangsa masih memegang pisau berukuran 27 sentimeter pada waktu itu dan pihak kami memujuknya supaya menenangkan diri.
“Operasi memujuk berlangsung hampir 45 minit, setelah mendapati mangsa tenang, pihak kami terus mendapatkan mangsa dan merampas pisau,” katanya kepada pemberita, semalam.
Mangsa pernah terbabit dengan kes bunuh diri sebelum ini selepas dimarahi bapanya kerana ponteng sekolah.
Dalam kejadian April lalu, pelajar berkenaan bertindak mengelar pergelangan tangannya seolah-olah memberontak dengan tindakan ayahnya memarahinya.
Akibat kejadian itu, mangsa dimasukkan ke lokap, sementara menunggu pemeriksaan lanjut bahagian psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah dan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Sinar
Friday, June 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment