Sunday, June 21, 2009

Pelajar IPTA dicekup khalwat

TAMAN SURA HUJUNG - Tindakan seorang gadis yang juga penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) membawa pulang teman lelaki ke rumah sewanya untuk melakukan aktiviti tidak bermoral sehingga mencemarkan imej masyarakat setempat membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, di sebuah taman perumahan, di sini, awal pagi kelmarin.

Penuntut Semester Lima jurusan kewangan itu dikatakan telah beberapa kali membawa teman lelakinya yang berasal dari Jerantut, Pahang itu ke rumah sewanya terutama ketika rakan lain tiada.

Bagaimanapun, penduduk berhampiran yang dikatakan tidak selesa dengan perbuatan tidak bermoral pasangan itu akhirnya melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Penuntut berumur 23 yang ditemui Sinar Harian di Pejabat Unit Penguat kuasa Syariah selepas tangkapan itu mengakui, sebelum serbuan dilakukan, dia sempat melakukan hubungan seks beberapa kali bersama teman lelaki yang sering bertandang ke rumahnya pada cuti hujung minggu.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang dipercayai anak pegawai kanan kerajaan di Bera, Pahang sejak tiga tahun lalu.

“Kami sebenarnya merancang mahu berkahwin tetapi hubungan kami tidak mendapat restu keluarga, jika keadaan terdesak, tidak mustahil kami kahwin lari dan bernikah di negara jiran.

“Bagaimanapun, sebelum sempat bertindak demikian, kami ditangkap khalwat,” kata anak pemilik kedai makan di bandar Jerantut itu.

Penuntut kursus jangka pendek itu bersama pasangannya yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Unit Penguat kuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan, kedua-duanya dibebaskan selepas diambil keterangan dan mendapat jaminan daripada penjamin masing-masing untuk hadir proses pendakwaan di mahkamah nanti.-Sinar

No comments:

Post a Comment