Monday, June 15, 2009

Ibu khayal dadah bersama bayi

KUALA TERENGGANU - Polis Te-rengganu melalui Jabatan Siasat-an Jenayah Narkotik menahan se-pasang suami isteri yang sedang khayal bersama bayi berusia 4 bu-lan kerana mengedar dadah dalam serbuan di rumah mereka di Chendering, Khamis lalu.

Taktik menyembunyikan dadah dalam patung ‘Garfield’ gagal apa-bila polis berjaya merampas satu kilogram ganja, enam botol heroin dan 800 biji pil Wy bernilai kira-kira RM35,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menemui wang tunai sebanyak RM25,950 dipercayai hasil jualan dadah kepada penagih.

“Selain wang tunai, kita turut menyita harta suspek kira-kira RM101,000 berupa kereta Proton Perdana, Toyota Corola dan seka-rang kita sedang kesan harta sus-pek yang lain,” katanya semalam.

Menurutnya, serbuan hasil risikan dan maklumat orang awam itu dilakukan kira-kira jam 10.30 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 33 dan 30 tahun yang mempunyai empat anak termasuk bayi masih menyusu sedang khayal akibat mengambil dadah.

“Berdasarkan siasatan, suspek lelaki ini mempunyai rekod jenayah narkotik lampau sejak enam tahun lalu dan dia baru sahaja dibebaskan akhir tahun lalu setelah ditahan di Simpang Renggang atas kesalahan dadah,” katanya.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu adalah dalang sindiket dadah terbesar Terengganu yang berjaya dilumpuhkan dalam masa seminggu selain dua sindiket lain di Besut dan Hulu Terengganu.

Penangkapan kedua-dua suspek yang merupakan perancang utama sindiket mempunyai kira-kira 20 ahli, polis percaya berjaya melum-puhkan aktiviti pengedaran dadah di lima daerah terutama Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Suspek merupakan pengedar terbesar dan mereka mampu mem-beri bekalan dadah kepada kira-kira 500 penagih sehari. Setakat ini kita sudah tangkap 18 orang dan mengesan dua individu,” katanya.

Sementara itu kata Roslan, pihaknya turut menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun bersama pil Wy sebanyak 600 biji dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Bukit Kenak, Jertih, Besut kelmarin.

“Hasil soal siasat ke atas suspek yang mengaku mengambil bekalan daripada seseorang, kita melakukan serbuan di rumah di Bukit Yong, Pasir Putih dan menangkap dua lelaki 20 dan 21 tahun.

“Kita turut merampas 600 biji lagi pil Wy menjadikan jumlah 1,200 bernilai RM60,000, ketiga-ti-ga suspek dan pasangan suami isteri ini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, hukuman gantung,” katanya.

Roslan berkata, selain dua sindiket itu pihaknya berjaya me-lumpuhkan sindiket dadah kecil-kecilan di Hulu Terengganu. Sinar

No comments:

Post a Comment