Wednesday, June 24, 2009

Maidam agih RM2.3 juta untuk anak Terengganu

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan bantuan dermasiswa bernilai RM2.3 juta kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta di dalam mahupun luar negara.

:Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Wan Sulaiman berkata, peruntukan daripada wang zakat itu membabitkan 667 permohonan pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan ijazah lanjutan.

:“Daripada jumlah itu, bantuan RM594,800 diberikan kepada 326 penuntut yang menyambung pengajian di dalam negara.:

:“Sebanyak RM1.4 juta bantuan dermasiswa diperuntukkan kepada 285 pe-nuntut yang menyambung pengajian di Mesir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan dermasiswa di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, di sini, semalam.

:Menurutnya, jumlah permohonan diterima pada tahun ini meningkat di mana tahun lalu keseluruhan bantuan diberikan Maidam berjumlah lebih RM1 juta.

:“Bantuan pendidikan kali kedua untuk tahun ini dijangka diberikan kepada anak negeri ini seterusnya pada September depan.

:“Penerima bantuan ini diharap dapat memanfaatkan bantuan diterima kerana secara tidak langsung sebagai harapan daripada pembayar zakat untuk melihat penuntut memperoleh kejayaan cemerlang,” katanya.

:Menurut beliau, pemberian bantuan itu diharap membantu pelajar miskin dan kurang berkemampuan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

:Beliau berkata, Maidam bersetuju membiayai sepe-nuhnya doktor sakit puan wanita di negeri ini yang ingin menyambung pelajaran bagi mendapatkan status ‘doktor pakar sakit puan’ untuk mengatasi masalah kekurangan doktor berkenaan dalam kalangan wanita.

:“Sumber pembiayaan adalah daripada wang zakat dan kami akan meletakkan syarat di mana doktor wanita yang dibiayai perlu berkhidmat di negeri ini setelah berjaya menamatkan pengajian ,” katanya.

No comments:

Post a Comment