KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak berpuas hati dengan pembahagian dadah, dua lelaki yang mempunyai pertalian keluarga sanggup bergaduh sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya mengalami kecederaan akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Alor Lintah, Besut.
:Bagaimanapun, dalam kejadian pada 5 Jun lalu itu, suspek berumur 27 tahun berjaya ditahan polis akibat menikam mangsa pada bahagian dada sebelah kiri setelah marah apabila mangsa memberikannya hanya satu perlapan dadah, dikenali sebagai ‘subozone’.
:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, melalui laporan kedua dibuat ayah mangsa pada jam 12.30 tengah hari di Balai Polis Jertih, kelmarin, pihaknya berjaya menahan suspek di rumahnya yang terletak tidak jauh dari kediaman mangsa, jam 5 petang hari yang sama.
:“Suspek ditahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
:Menurut Mohd Fauzi, dalam laporan pertama pada 5 Jun lalu, pengadu yang juga ayah kepada mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja kerana mendakwa anaknya, berumur dalam lingkungan 20-an dicederakan suspek.
:“Berdasarkan laporan pertama pengadu, insiden itu berlaku jam 6.30 petang apabila pengadu mendengar suara mangsa memanggilnya dari luar rumah.
:“Pengadu terus bergegas ke tempat kejadian dan melihat seorang lelaki menghampiri anaknya yang ketika itu terbaring di sebelah pokok,” katanya.
:Menurut Mohd Fauzi, lelaki terbabit dikatakan meminta wang daripada mangsa sebelum menikamnya di sebelah kiri dada lalu melarikan diri.
:“Sebelum ini, pengadu yang tidak mengetahui punca sebenar kejadian menghantarnya ke Hospital Besut.
:“Mangsa mengalami kecederaan tidak serius, hanya luka ringan,” katanya. -Sinar
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment