KUALA TERENGGANU – Golongan remaja terutama pelajar bawah umur dan penuntut institusi pengajian tinggi merupakan antara yang kerap dirujuk berhubung kesalahan melibatkan khalwat di negeri ini.
Hakim Mahkamah Syariah, Wan Abdul Malek Wan Sidek berkata, mereka yang tinggal di pedalaman dan tanah rancangan, khususnya di Hulu Terengganu lebih banyak terlibat dengan kes sedemikian.
Menurutnya, terdapat empat kesalahan melibatkan pelajar sekolah dan remaja antaranya persediaan melakukan persetubuhan, khalwat, kesalahan melaku-kan perbuatan kurang so-pan di tempat awam dan kesalahan 'Mawati’.
Bagaimanapun katanya, kesalahan paling banyak dilakukan golongan berkena-an adalah melibatkan khal-wat dan berkelakuan kurang sopan.
“Berdasarkan kes yang dirujuk, ia paling banyak dilakukan pelajar 18 tahun ke bawah umumnya berkelakuan kurang sopan dan khalwat, tidak sampai sehingga persediaan untuk melakukan persetubuhan,” katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk Belia dan Gejala Sosial di Kursus Pembangunan Personaliti Belia, di sebuah hotel, di sini, semalam.
Beliau percaya, aspek pendidikan yang kurang diberi perhatian menjadi punca utama pergaulan bebas sehingga golongan berkenaan terjerumus dalam perkara sedemikian.
“Sebagai contoh, di kawasan Kuala Terengganu tidak kerap dirujuk walau-pun terletak di bandar ke-rana kualiti pelajaran diberi perhatian sewajarnya.
“Berbanding di tanah rancangan, masyarakat kurang menitikberatkan soal itu. Kes-kes lain seperti perceraian dan keganasan rumah tangga juga banyak berlaku di kawasan terbabit,” katanya.Sinar
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment