Wednesday, June 17, 2009

Misi lahirkan polis bertakwa

MARANG - :Majlis Tilawah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sangat signifikan kepada pegawai dan anggota polis bagi melahirkan insan cemerlang yang dapat menjadi benteng menghadapi keadaan negara tidak menentu pada masa kini.

:Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asistan Komisioner II Hamzah Mohd Jamil berkata, PDRM sentiasa berusaha melahirkan pegawai dan anggota polis yang bukan sahaja berilmu: tetapi mantap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, seterusnya tampil dengan semangat: juang tinggi memacu kemajuan dan pembangunan negara.

:Menurut Hamzah, musabaqah juga menjadi tradisi seluruh pasukan polis sejak tahun 1974.

:“Bagi membolehkan PDRM sentiasa berfungsi sebagai institusi yang disegani dan dihormati, kita perlu memiliki pegawai dan anggota berilmu serta mempunyai ciri nilai dan falsafah berpandukan al-Quran, iman dan takwa.

:“Ini akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan amanah dan mengelakkan penyelewengan: yang akan mewujudkan ketidakyakinan masyarakat kepada pasukan polis,” katanya.

:Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Tilawah peringkat Kontinjen Terengganu yang diadakan di Dewan Seri Kapas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Superintendan Azmi Adam, ketua jabatan dan ketua polis daerah.

:Pada majlis itu, wakil Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Zainal Adam muncul juara kategori qari dan akan mewakili kontinjen negeri ini pada peringkat antara kontinjen seluruh Malaysia, Julai i:ni.

No comments:

Post a Comment