Wednesday, June 17, 2009

Murid Tahun Tiga hilang

LIMBONG - Januari tahun lalu, seluruh negara digemparkan dengan kisah Sharlinie Mohd Nashar, 5, kanak-kanak yang dipercayai hilang ketika pulang dari taman permainan dengan jarak sekitar 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

:Sehingga kini, anak bongsu daripada tiga beradik itu masih belum ditemui walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan ahli keluarga mangsa, mahupun pihak berkuasa.

:Terkini, seorang lagi kanak-kanak yang juga murid di sebuah sekolah di sini dilaporkan hilang.

:Ibunya, Asiah Seman, 31, berkata, anak sulungnya itu, Mohd Amirul Aizat, 9, dipercayai hilang ketika berkunjung ke kafe siber yang hanya sekitar 50 meter dari rumahnya.

:Asiah yang menghubungi: wartawan :Sinar Harian: untuk menyiarkan kisah kehilangan anaknya, Mohd Amirul atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Along’ berkata, anak lelakinya itu dilaporkan hilang pada 31 Mei lalu dan sehingga kini tiada sebarang berita diterima berkaitan kehilangannya.:

:“Ibu mana yang tidak sayangkan anak, lebih-lebih lagi sudah lebih dua minggu dia hilang, fikiran saya berserabut.

:“Saya merayu dan memohon simpati, sesiapa yang mengambil anak saya, pulangkan kepada kami kerana kami amat merindukannya. Jangan seksa kami begini, jika Along ada bersamanya, tolong jangan apa-apakan dia,” katanya.

:Menurut Asiah, pada hari Mohd Amirul dilaporkan hilang, seorang rakannya dikatakan melihat dia menaiki sebuah kereta yang dipandu lelaki tidak dikenali.

:“Dia memberitahu terlihat seorang lelaki berkaca mata hitam memandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz berwarna gelap menghampirinya. Lelaki itu kemudiannya mempelawa Amirul menaiki keretanya, sebaik sahaja Mohd Amirul naik ke dalam kereta itu, mereka terus berlalu pergi.

:“Pada hari kehilangannya:, Mohd Amirul memakai baju ‘T’ dan seluar jeans. Jika ada sesiapa menemuinya, hubungi saya menerusi talian 013-2913968,” katanya.

:Kes kehilangan Mohd Amirul sudah dilaporkan kepada pihak polis. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah, Assistan Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa dan pihaknya berusaha menjejaki murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Paka yang masih hilang itu. Sinar

No comments:

Post a Comment