Thursday, June 25, 2009

Pelajar kolej dipukul lelaki dikenali hingga berdarah

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar kolej dipukul lelaki dikenali sehingga kepalanya berdarah da-lam satu kejadian di Taman Permint Jaya Fasa 4, Chendering, di sini, Isnin lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa berusia 20 tahun, berada di gerai milik rakannya, sebelum suspek yang sebaya dengannya datang secara tiba-tiba sambil melahirkan rasa tidak berpuas hati.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, suspek meluru ke arah mangsa dengan tiba-tiba dan terus menolak serta memukulnya.

“Akibat tindakan itu, berlaku pergelutan antara kedua lelaki berkenaan dan suspek bertindak me-maut kepala mangsa serta me-mukul dengan menggunakan satu objek sehingga berdarah.

“Berdasarkan laporan, mangsa tidak mengetahui jenis objek digunakan tetapi merasa kepalanya dipukul dengan pisau,” katanya kepada pemberita, semalam.

Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan membuat laporan polis kira-kira 45 minit kemudian di Balai Polis Chendering.

Menurut Mohd Fauzi, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut untuk mengetahui punca kejadian di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sekiranya sabit kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut. - Sinar

No comments:

Post a Comment