KUALA TERENGGANU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu berjaya merampas barang-barang belum lulus kastam bernilai RM377,245.20 melibatkan pengelakan duti dan cukai sebanyak RM923,862.24 dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2009.
Pengarah Kastam Negeri Terengganu, Datuk Azis Yacub berkata, barang pa-ling banyak adalah rokok iaitu 677,555 batang bernilai RM141,717.40, diikuti 12 buah kenderaan bernilai RM227,700, telefon bimbit berjumlah 35 unit bernilai RM3,040, minuman keras sebanyak 374 liter bernilai RM4,288.80 dan beras sebanyak 499 kilogram bernilai RM499, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM377,245.20.
Menurut Azis, pada 11 Jun lalu, KDRM Terengganu berjaya menyita 3,460 karton (476,800 batang) rokok keretek seludup bernilai RM52,900.00 dan sebuah lori di Ladang Kelapa Sawit Felda Jerangau, KM 60 Jalan Kuala Terengganu-Jerangau, Dungun.
Serbuan dibuat bahagian penguatkuasaan pada jam 3.30 petang hasil maklumat orang awam sekali gus menggagalkan usaha pihak terbabit yang cuba mengelak daripada membayar duti dan cukai sejumlah RM224,022.80.
“Bagaimanapun, pemandu lori yang menyedari kehadiran pasukan Kastam, sempat melarikan diri dan pihak kami sedang mengesan pemilik lori bagi membantu siasatan.
“Pada 1 Jun, Kastam berjaya menyita kereta jenis Toyota Estima bernilai RM103,762.50 di Taman Sri Delima, Kuala Lumpur. Dalam serbuan dianggotai empat pegawai dan seorang lelaki berjaya ditahan bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati kereta tersebut diseludup dan didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan borang kastam dan permit import (AP) palsu,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Majlis Pelancaran Operasi Outlet Bersepadu LC/PAKAT bil.1/2009 di Anjung Bestari KDRM Kuala Terengganu. Sinar
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment